khamis
11 dis 20081.00 ptgBuat kali terakhir, kami menatap wajah emak dan mengucup pipi emak sblm emak dibawa ke tanah perkuburan utk dikembumikan.
"Al-Fatihah," kami memulakan langkah sambil mengusung jenazah emak.
tengahari itu, aku merasakan seolah2 berjln di tepi pantai. cuaca tidak begitu terik dan tidak begitu mendung. angin bertiup lembut sepanjang perjalanan menuju ke masjid.
stlh selesai solat Zohor, abah mengimamkan sembahyang jenazah utk emak. abah juga yg membacakan talqin utk emak slps emak selamat dikebumikan. suasana hening mengiringi doa yg kami tadahkan. moga emak aman di sana. moga emak lebih tenang.
tepat pukul 2.30 ptg, kami meninggalkan pusara emak.
***************

10.30 mlmsuasana kembali tenang apabila tetamu yg menghadiri kenduri di rumah kami mulai surut. mlm pertama emak pergi, ramai saudara mara dan jiran tetangga yg datang. tidak ketinggalan, mereka yg tidak sempat menziarahi jenazah emak pd siang hari turut bertandang. semuanya ingin menyampaikan salam takziah dan rasa sedih atas pemergian emak.
stlh selesai membantu mengemas ruang tamu, aku lantas mengambil wuduk lalu menunaikan solat isyak di dlm bilik. hati masih belum puas utk mengirimkan bacaan surah yassin utk emak. moga2 keadaan emak di dunia sana dipermudahkan.
ketika melipat tikar sejadah, telingaku pantas menangkap suara izzat daniel yg kedengaran girang.
"nenek! nenek! nenek!" anak kecil yg baru menginjak usia 2 thn itu berlari2 dr ruang tamu menuju ke muka pintu. lama dia merenung ke luar rumah.
"izzat, nenek takde. jom kita masuk... " pujuk kakak sambil memimpin lengan izzat
jam di dinding menunjukkan hampir pukul 11.30 mlm. baru kini badan terasa penat. seharian melawan emosi dan bergelut dgn rasa sedih, benar2 meletihkan jiwa dan minda.
aisya mysara (yg ketika itu baru mencecah 2 bln) tlh lama nyenyak di dlm buaian. izzat sahaja yg masih blm melelapkan mata. botol susu masih melekap di mulutnya, cuma matanya sajer yg blm terpejam. sesekali dia bergolek ke kiri ke kanan, minta dilayan.
tiba2, bauan harum memenuhi ruang rumah. bagaikan dibawa angin, bau itu datang dan pergi. sesekali terasa begitu hampir. aku menoleh izzat daniel yg baru terlena di sisiku.
"bau air mawar," hati mula berdetik. aku dan kakak saling berpandangan. masing2 mengerti.
ketika aku mengucup pipi izzat, bau harum air mawar itu melekat di pipi kirinya dan haruman itu lebih kuat tatkala aku mencium pipi kanannya. ketika kakak masuk ke dlm bilik utk menjenguk As, bau harum yg sama turut memenuhi ruang bilik.
ya, mlm itu emak pulang ke rumah wpun dia baru sahaja pergi. mgkin emak pulang utk menjenguk cucu2nya, melihat abah, melihat anak2, melihat bakal menantunya yg kerap disebut2 sblm ini, melihat rumah yg kini tlh ditinggalkan buat selama2nya...
***************
sabtu ~ 5 dis 2009, usia Izzat Daniel bakal menjangkau 3 thn. pd hari sabtu ini juga, Ian akan melangsungkan perkahwinan dengan As. walaupun tanpa emak di sisi, tp aku sgt pasti, emak telah merestui
lalu aku dedikasikan nukilan ini sekadar mengenang kembali apa yg tlh berlaku setahun lalu. biarlah kenangan ini kekal terpahat di sudut hati
buat anak saudaraku izzat daniel,
selamat ulang thn yg ke-3
moga membesar sbg anak yg soleh
buat adikku Ian,
hanya doa yg mampu abg titipkan
moga bahtera yg dilayari kekal bahagia
buat emak,
tiada kata yg paling tepat utk meluah perasaan
hanya rasa rindu yg tidak pernah berkesudahan
Al-Fatihah buat emak tersayang
aku & Ian