Rabu – 10 Dis ’08 (hari ke-40)
8.15am
Kakak menelefon agar segera ke hospital. Aku tahu kakak letih. Aku lantas bangun dan mengemas beberapa keperluan yg tidak di bawa smlm.
10.00 am
Ketika tiba di hospital, aku melihat emak sdg tidur. Kakak kata emak baru sahaja lena. Mgkin sbb baru diberikan ubat oleh jururawat.
Tidak lama kemudian, aku lihat tgn emak terkapai2 meminta aku membantunya utk duduk. Tp tuduk emak tidak sama spt di rumah. Emak tidak dpt duduk dgn tegak. Emak kelihatan bongkok. Malah kdg2 kepalanya hampir mencecah lutut!
“Emak, kita baring yer? Sakit badan duduk mcm ni,” aku memujuk emak utk baring, lalu membetulkan semula kedudukannya.
Tp tidak lama. Tidak smpi 15 minit, emak ingin duduk semula. Aku memaut pinggang emak dan membetulkan duduknya. Tp aku kasihan melihat emak, aku bimbang emak tumbang lalu terhantuk ke tembok.
Setiap kali aku membaringkan emak, setiap kali itulah dia ingin duduk semula. Jika aku tak membantunya, emak akan menggenggam tepi tilam lalu
“Emak nk minum?” Aku bertanya.
Emak tidak menjawab. Aku mengambil cawan dan menyuakan straw ke mulut emak. Jika di rumah, emak sentiasa dahaga. Emak kerap meminta aku menuangkan air utknya. Tp kali ini, emak tidak menyedut hatta setitik air pun yg aku berikan pdnya.
Begitulah keadaan emak sepjg 2 jam aku di sisinya. Emak langsung tidak berkata apa2. Hanya baring dan duduk berulang2. Mmg keadaan emak amat menyedihkan. Aku sendiri tidak pasti sama ada emak tahu atau tidak yg aku ada bersama2 dgnnya ketika itu.
11.55am
Adik tiba. Ketika itu emak baru sahaja tidur. Emak kelihatan lena, Cuma nafasnya kedengaran spt tersekat2, seolah2 berdengkur. Sejak emak sakit, mmg begitulah keadaannya semasa tidur.
“Makcik demam sedikit. Suhu dia agak tinggi, lebih kurang 380,” kata jururawat. “Kalau ada tuala kecil, basahkan. Kemudian letak kat dahi dan celah ketiak,” jururawat mengarahkan kami.
1.10pm
Abah, Nenek, kakak, Amir dan Izzat tiba. Mak masih lena. Masing2 yg melihat emak berasa sedih. Sedih dgn keadaan tubuh emak yg berselirat dgn wayar. Mcm tidak percaya ini ialah emak kami yg sblm ini sentiasa kelihatan cergas membuat kerja2 umah.
2.30pm
Sblm pulang ke rumah, aku berulang kali mengingatkan Adik.
“Klau ada apa2 call tau, Dik. Nanti ptg org dtg lg…”
4.55pm (ketika di rumah)
“Adik sms. Doktor nk jumpa waris terdekat…” kakak memberitahu Abah.
“Mcm mana ni?” Tanya Abah.
“Takper, Abah pergi dgn Yin. Yg lain2 tunggu umah dulu,” kata abg iparku.
Dlm keadaan mamai krn baru bangun tidur, aku bertanya kpd kakak. “Abis kita? Takkan nk tunggu kat umah jer?”
“Kita tunggu dulu, nanti apa2 diorang call. Tgk mcm mana…” kakak memberitahu.
Tidak lama kemudian Abg Yin menelefon kakak. Doktor menasihati abah utk membawa emak pulang ke rumah. Doktor memberi pilihan menggunakan defibrillator tp akan mengundang risiko yg tinggi dan mungkin menyebabkan pendarahan dalaman.
Kami terus menunggu dan menunggu. Abg Yin menelefon lagi.
“Abah tgh ajar emak mengucap… diorang tgh tunggu ambulans nk bawak emak balik!” kata kakak. “Abis, kita mcm mana ni?” Kakak bertanya lagi.
“Kita bersiap!” Aku terus mengarahkan kedua2 kakakku. “Klau kita bertembung dgn ambulans kat tgh jln pun, nanti kita patah balik.”
Kakak mula menelefon saudara mara terdekat. Membawa perkhabaran terkini ttg emak.
“Emak tgh nazak,” masing2 menahan sebak di hujung talian.
Perjalanan ke hospital terasa jauh. Aku rasakan kenderaan di jln raya bagaikan kura2, semuanya bergerak perlahan. Apa yg aku fikirkan – tiba di hospital seberapa segera. Perasaan bercampur baur, hatiku benar2 berkecamuk. Tuhan, apa jua yg akan berlaku, berilah kesempatan utk aku bersama2 emak.
5.55pm
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi tatkala menuju ke bilik wad. Dan… Alangkah!!! Emakkah itu??? Keadaan emak tidak sama spt mana aku tinggalkannya pd tengahari td. Emak yg berada di sisi abah kelihatan pucat. Nafas emas tersekat2. Dada emak berombak.
Aku mendapatkan Abah, memaut erat bahu Abah dgn rasa sayu yg teramat. Aku pegang tangan emak, aku genggam jari jemari emak. Berulang kali Abah melafazkan kalimah Allah di telinga emak.
“Emak, anak2 semua ada kat sini,” Abah berbisik kpd emak.
“Emak… Emak sabar yer? Emak nk balik,
Perkarangan wad dipenuhi saudara mara dan jiran sekampung. Jururawat pula sibuk membantu menguruskan emak sblm dia diusung ke troli utk dimasukkan ke dlm ambulans. Jam hampir menunjukkan pukul 7 mlm. Emak hanya berada di hospital selama 24 jam sahaja…
7.15pm
Kami duduk bersama2 mengelilingi emak. Badan Emak masih panas. Emak masih demam. Sesudah Maghrib, Abah mengarahkan aku ke Bandar, membeli cotton buds, kapas dan cool fever.
“Nanti beli roti sekali, utk mkn2…” Pesan abah.
Mmg sejak siang td, masing2 tak begitu mengendahkan ttg makan. Mmg tiada agenda mkn mlm pd hari itu. Aku sendiri tidak ingt sama ada aku mkn atau tidak semasa tengahari td!
Smbil pusing2 di Bandar mendapatkan barang2 yg diperlukan, aku singgah di kedai roti. Membeli roti dan 3 keping karipap. Sambil memjamah sekeping, bakinya aku berikan kpd Adik.
“Abiskan yer?” tanya adik yg tlhpun memakan sekeping karipap. Masih berbaki satu. Baru hendak menjamah kepingan yg kedua, aku meminta adik menyimpannya separuh.
“Tinggalkan sikit utk mak. Masa kat hospital mlm td, emak sebut2 nk makan karipap…”
Wpun kelaparan, adik akur dgn arahanku.
8.50pm
Rumah kami diziarahi saudara mara terdekat dan jiran tetangga. Abah berulang kali membisikkan kalimah suci ke telinga emak berselang seli dgn anak2 yg lain.
“Emak, bukak mata. Tengok… kita dah sampai kat umah,” kata Abah.
Perlahan2 emak membuka mata. Walaupun cuma seketika, tindak balas emak sudah mencukupi sbg tanda emak mengerti apa yg abah ucapkan kpdnya.
“Emak tunggu Ian yer? Sabar yer mak, jap lg Ian sampai,” kata kakak pula.
Aku yg duduk di birai katil hanya mampu termenung menahan tangis. Sedihnya tak terucap dgn kata2. Aku mengusap perut emak yg sememangnya kembung. Aku mengusap dan terus mengusap dgn harapan kesakitan emak sedikit berkurangan. Perut emak terasa panas. Tetapi tgn emak sedikit sejuk tatkala aku menggenggamnya.
11.00pm
Ian tiba di rumah. Keadaan emak sedikit stabil berbanding sebelumnya. Org ramai tlh beransur pulang. Sblm itu, Kak Salmah (nenek saudara kami yg baru sahaja bersara sbg jururawat), menerangkan cara2 memberi ubat atau makanan menerusi tiub yg dipasang pd hidung emak.
2.15am
kami
Namun, kami menjadi panik. Tatkala udara disedut keluar, tiub mengalirkan bendalir hitam pekat seolah2 darah beku. Kami menelefon kak Salmah, bimbang dgn apa yg berlaku, gusar sekiranya berlaku komplikasi dalaman. Kata kak Salmah, mgkin tlh berlaku pendarahan dalam tubuh emak. Adik juga memberitahu perkara yg sama berlaku siang td semasa jururawat memasukkan ubat ke dlm badan emak. Stlh mendpt penjelasan, kami mencuba lg. wpun terasa ngeri, tp kami tetap teruskan. setiap kali cecair hitam keluar dr tiub, setiap kali itulah mulut kami beristighfar…
3.30am
Menjelang pukul 3.30 pagi, aku terlelap. Cuma sesekali terjaga, dlm keadaan antara sedar dgn tidak, aku melihat abah berada di sisi emak menemani …





1 org yg suka mengomen:
terharunye..sedih gak..mcm2 rasa
Post a Comment