Friday, December 26, 2008

40 HARI DLM MEMORI (KENANGAN BUAT EMAK ~ BHGN 6)

Kami menikmati hidangan yg disediakan ~ ketupat segera bersama2 rendang daging, ayam masak kicap, sambal kacang dan kuah lodeh sbg pelengkap menu. Emak turut menjamah hidangan tersebut, cuma bezanya ia bukan air tangan emak sebagaimana lazimnya. Sjk mlm td emak menyebut2 kuah lodeh. Tatkala merasa, emak hanya menyedut beberapa hirup sahaja. Mgkin krn merasa mual, mgkin tekaknya serba tak kena utk menikmati makanan.

“Siraj (datuk saudara yg bekerja di California), nak balik Krismas ni. Tp jgn bgtau emak. Takut nanti dia tertunggu2…”

Begitulah kata2 Cik Kecik (datuk saudara kami) yg dtg berziarah slps solat sunat Aidiladha. Abah mengangguk2 tanda faham. Pg itu keadaan rumah kami sama spt smlm. Tetap ramai diziarahi saudara mara dan jiran tetangga.


Ketika tetamu agak surut menjelang tengahari, aku mengeluarkan kek hari jadi utk Izzat dan Amir. Tiada sambutan yg istimewa, sekadar kenangan utk kami sekeluarga.



Ptg itu, ketika kami sdg duduk2 di sisi emak, tiba2 emak ingin bangun.


“Rasa mcm nak buang air…” kata emak.


Spt biasa kami membantu emak. Aku akan memaut dr depan, Abah membant u menegakkan tubuh emak utk berdiri.


“Jap… perlahan sikit. Sakit…” kata emak perlahan, menahan sakit.

Muka emak sedikit berkerut. Mgkin terlalu sakit, setiap pergerakan emak perlu dilakukan dgn lembut dan berhati2. Emak sendiri sekadar mengesotkan2 tubuhnya utk bangun.


"Mcm dah terkena kat alas tilam (kain cadar) ni…” kata emak dlm nada yg bimbang.


“Takpe, mak. Anak2 ada. Nanti anak2 bersihkan…” kami terus membantu emak berdiri lalu memimpinnya ke bilik air.


Ketika di bilik air, emak mengingatkan lagi. “Nanti rendam kain batik tu dgn alas tilam sekali…”


Kasihan emak. Dlm keadaannya yg uzur begini, dia masih memikirkan anak2 yg kena menguruskannya. Kdg2 bila mengingatinya, aku selalu terasa sayu. Wpun sakit, Emak tetap mengambil berat org2 yg berada di sekelilingnya, emak tetap bimbang akan org2 yg kena menjaganya. Sdgkan selama ini, emak jarang mengeluh dlm menunaikan tanggungjawabnya sbg seorg isteri dan ibu…


Tgh mlm itu, ketika sdg lena, tiba2 aku terdengar bunyi tgn emak menepuk2 tilam. Isyarat dr Emak yg ingin duduk.


“Emak nk air?” Tanyaku slps membantu emak bangun dr pembaringannya.


Emak hanya mengangguk perlahan. Spt biasa, aku menuangkan air ke dlm cawan yg mmg sentiasa ada di meja sisi. Emak minum tidak terlalu byk, hanya beberapa teguk shj. Lantas aku
membantu emak utk baring semula.

“Terima kasih…” Krn terlalu mengantuk – antara sedar dgn tidak – aku terdengar emak bersuara.


TERIMA KASIH? Emak mengucapkan terima kasih kpdku? Tiba2 terpacul soalan dlm benak fikiran. Apa yg aku lakukan ini terlalu sedikit berbanding susah-payah emak membesarkan aku selama ini. Tp emak yg sdg sakit masih blh terfikir utk berterima kasih kpdaku sdgkan aku kerap terlupa menghargai jasa emak wpun sekadar mengungkapan TERIMA KASIH kpd emak!


Selasa – 9 Dis ’08 (hari ke-39)
Pagi itu, kakak membawakan secawan air susu utk emak sbg sarapan pagi.


“Banyaknya…” lembut suara emak tatkala kakak menghulurkan cawan.


Yer, mmg sejak sakit, suara emak begitu lembut apabila bertutur. Emak jarang merungut. Begitu juga dgn abah dan kakak yg tidak pernah mengeluh walaupun mrk keletihan menguruskan emak setiap masa.


“Nasi panas…” tiba2 emak bersuara.


“Apa mak? Nasi panas?” tanya kami yg duduk mengelilingi emak.


“Nasi panas…” emak mengulangi kata2nya.


“Emak nak nasi panas. Dah masak ker? Tanyaku sambil melihat jam yg baru menginjak ke angka 9.


Setahu aku kakak blm masak nasi pagi2 begini. Hendak memanaskan nasi smlm, smlm kami mkn ketupat segera sbb hari raya! Kakak dan Ian lantas ke dapur.


“Sempat ke nak masak nasi?” tanyaku lg yg turut ke dapur.


Ian memasukkan ketupat segera smlm ke dlm periuk berisi air panas. Kemudian, dilenyek2 supaya menjadi halus spt butiran nasi. Kakak pula memanaskan semula lauk ayam masak kicap. Aku mencarik2 daging ayam supaya lebih mudah emak menelannya nanti.

"Sejuk… kata emak sewaktu Ian menyuapkan makanan ke mulut emak.


Mgkin ketupat segera yg dipanaskan itu tidak cukup panas. Mgkin rasanya juga tak sama spt nasi biasa. Kami hanya memerhatikan emak menjamah makanan yg dihidangkan – sedikit sahaja, hanya beberapa suap yg emak telan.


Hari ini, masuk hari ketiga rumah kami tidak putus2 dikunjungi org. Ramainya sama spt smlm sama spt hari Ahad lps.

“Abah tak nk bawak mak pegi hospital ker? Takkan nk biarkan mak mcm ni jer?” Tanya abg
Yin yg tlh bersiap2 utk pulang ke Kajang ptg itu.


Mmg sepatutnya mrk tlh pulang smlm – famili kakak ke Kajang dan Ian ke Kuantan – tp masing2 menambah cuti pd hari ini krn melihat keadaan emak yg semakin lemah. Masing2 tidak sedap hati hendak meninggalkan emak dlm keadaan begitu.


“Mcmana yer?” Tanya abah.


“Kalau abah rasa nk bawak, kita pegi jer laaa…” aku sendiri tidak dpt memberi idea yg bernas.


“Masalahnya emak tak nak. Abah dah cuba tanya dia…” kata abah.

”Skrg ni kita tak blh ikut ckp emak. Kita kena usaha sesuatu utk emak…” Abg Yin beriyer2 mengajak abah membawa emak berjumpa doktor.


Smlm pun abg Yin juga yg bersusah payah keliling Bandar Bt Pahat utk mencari doktor yg sanggup dtg ke rumah memeriksa keadaan emak. Tp krn smlm cuti umum, rata2 doktor tidak

dpt berbuat demikian. Slps Asar, abah menyuruh kami menyiapkan emak.

“Sakit… Sakit sgt…” Muka emak berkerut2 menahan sakit.


Kami yg cuba utk membantu emak berdiri terus meletakkan emak pd kedudukn asal. Kami bercadang menggunakan kerusi roda utk membawa emak masuk ke dlm keretea. Tp Emak tidak mampu berdiri spt biasa wpun dibantu oleh org lain. Emak berasa terlalu sakit utk bergerak!


Abah menelefon ambulans. Ramai jiran tetangga yg turut berkumpul di rumah kami tatkala melihat ambulans dtg. Emak diangkat atas stretcher sblm disorong dgn troli. Ambulans meninggalkan perkarangan rumah ketika lewat petang.


Doktor yg memeriksa menjelaskan bahawa tubuh emak kekurangan air dan gula. Jika dibiarkan, blh menyebabkan komplikasi. Doktor juga menerangkan bahawa pihak hospital hanya memberi bantuan (life support) dan bkn rawatan utk menyembuhkan penyakit emak. Kami mengerti dgn maksud kata2 doktor. Mmg ini yg kami hrpkan, bantuan yg sewajarnya supaya keadaan emak tidak terlalu lemah.


“Nak duduk, boleh?” Tanya emak lembut. Kami melaraskan katil emak supaya kedudukan badan emak tegak spt duduk.


“Boleh minum air?” tanya emak lagi. Kakak memberikan cawan berisi air kpd emak.


Yer, baru aku perasan. Semasa di hospital, emak kerap menggunakan perkataan BOLEH jika dia inginkan sesuatu. Nadanya tetap sama, lembut dan perlahan.


“Emak… Abah balik dulu yer? Mlm ni emak tidur hospital dgn Ani. Esok abah dtg lagi…” kata Abah kpd emak.


“Emak… org balik dulu. Esok org dtg lg,” kataku pula lalu bersalam dgn emak dan mencium kedua2 belah pipinya.


(Ketika di hospital ~ spt yg diceritakan kakak)

Sebagaimana yg dijelaskan doktor, tubuh emak dimasukkan dgn pelbagai jenis tiub. Ada yg dimasukkan menerusi hidung, ada yg ditampal pd dada, ada yg dilekatkan pd tgn. Semasa jururawat memasukkan tiub2 tersebut, kakak dpt mendengar dgn jelas emak mengaduh kesakitan. Perlahan dan lembut tp cukup meruntun.


Mlm itu emak tidak tidur lena. Sama spt di rumah, emak sentiasa ingin duduk.


“Nak balik…” lembut suara Emak mengajak kakak balik ke rumah.


“Dah tgh mlm mak, kita tak blh balik…” jawab kakak.


“Tuuu, dah terang…” tgn Emak menunjukkan cahaya kalimantang yg disangkakan matahari pagi.


Kdg2 emak menyebut2 namaku yg masih blm sampai2 utk menjemputnya pulang ke rumah. Mmg mlm itu semalaman kakak tidak tidur krn melayan emak. Kdg2 emak kelaparan, kdg2 emak menyebut hendak mkn karipap dan nasi panas.


“Lapar…”
emak memberitahu


“Emak dah mkn. Tadi nurse baru jer kasi mak makan,”
kata kakak kpd emak.


“Iyerrr?” tanya Emak lembut, seolah2 tidak percaya. Emak meletakkan jari pd bibir dan dan cuba merasa makanan yg baru ditelannya td.


Mmg emak tidak dpt merasa makanan yg diberikan kpdnya krn jururawat memasukkan
menerusi tiub ke dlm badan emak. Emak tidak dpt merasa nikmat makanan melalui tekak. Kasihan emak…



BERSAMBUNG...

0 org yg suka mengomen: