Friday, December 19, 2008

40 HARI DLM MEMORI (KENANGAN BUAT EMAK ~ BHGN 1)

BAB 1 ~ BERMULA CERITERA

2004 dlm kenangan ~ Emak & Abah


28 Okt ’08 (4 hari sblmnya…)
Emak mengadu sakit yg teramat sgt di bahagian perut. Pedih spt menyengat2. Abah memujuk emak pergi ke klinik keesokan hari utk pemeriksaan doktor. Mgkin dah tak tertahan kesakitan, Emak bersetuju dgn cadangan abah.


29 Okt ’08 (3 hari sblmnya…)

Dr. Azlina yg melakukan scan ke atas Emak memberitahu spt ada ketumbuhan di bahagian hati Emak, lantas meminta Abah merujuk ke Hospital Bt Pahat.


Namun, appointment dgn doktor pakar hanya dijadualkan pd 11 Nov nanti. Kami merasakan tempoh itu terlalu lambat. Apa yg kami benar2 ingin ketahui skrg ini adalah APA SEBENARNYA PENYAKIT EMAK.


Pulang dr klinik, dlm pd berbual, Emak bercerita ttg penyakit arwah Mak Rohana (nenek saudara kami) yg meninggal dunia akibat penyakit hati.


“Bukan ker Mak Rohana tuu meninggal sbb sakit kuning?”


“Yer laaa… tp puncanya dr hati,” jawab Emak. “Masa tuu doktor pun kata, dia mgkin hidup tak lama, lebih kurang 6 bulan jer. Tp, yer laa… ajal maut tuu kat tgn Tuhan,” Emak menyambung.


Malamnya, ketika Emak dan Abah pulang dr menzirahi Cik Siti yg akan menunaikan haji, Emak mengadu sakit yg teramat sgt. Lantas aku menelefon kak Azah memberitahu aku mengambil cuti rehat keesokannya.


30 Okt ’08 (2 hari sblmnya…)
Emak dan Abah pergi ke Kluang utk berubat secara tradisional. Sementara menanti 11 Nov, inilah ikhtiar kami.


31 Okt 08’ (1 hari sblmnya…)
Aku menghantar sms kpd temanku, Dr. Zul di KL. Sekadar bertanya pendapatnya.


“Klau hati ada ketumbuhan, maksudnya ada cyst, tumor atau kanser. Ia akan beri kesan kpd fungsi hati. Kanser paling bahaya. Ketumbuhan blh jadi semua tuuu. Kena check ultrasound. Baru tahu. Kdg2 kena ambik biopsy.”


Jawapan sms Dr. Zul membuatkan aku benar2 resah.


1 Nov ’08 (hari pertama)
SMS dr Kak Aya (10.49pm)

“Abg Yin (abg iparku) bawa mak buat ct scan kat Hospital Putra utk tau sakit apa. Hrp bkn kanser.”


Aku di jb ketika itu hanya mampu berdoa dlm hati.


Call dr Ipoh (2.10am)
“Td Yin dah bawak mak p check kat Hospital Putra. Doktor bgtau emak menghidap KANSER HATI. Keadaan mak agak kritikaL, sebelah kanan dah penuh dan skrg dah merebak ke sebelah kiri. Doktor bgtau peluang emak utk hidup mgkin cuma 6 bln lagi…”


Panggilan dr kakak sulungku benar2 merentap seluruh emosi. BENARKAH APA YG AKU DENGAR SEBENTAR TADI?


2 Nov ’08 (hari ke-2)
SMS dr Kak Aya (10.44pm)
“Baru sat ni Kak Aya masuk bilik mak sbb nak salin kain. Tgk dia tgh baring lps lipat kain. Mak kata perut dia rasa menyengat sakit. Kesiannya rasa.”


SMS dr Kak Aya (10.52pm)
“Jgn sedih2 dpn mak, kesian dia. Mudah2an imam yg mak jumpa pagi td tu serasi. Kita doa byk2…”


Kakak yg secara kebetulan masih cuti bersalin di kg menjadi org pengantara membawa perkhabaran emak. Dan setiap kali aku ber-sms dgn kakak, setiap kali itulah air mata pasti bergenang…


5 Nov ’08 (hari ke-5)
Menurut kakak, sehingga ke hari ini, Emak masih blm tahu ttg penyakitnya. Malah adik2 yg berada di Kuantan dan Shah Alam, saudara mara terdekat dan jiran2 juga tidak mengetahuinya.


Yg kesiannya ttg penyakit Emak sbb tiada ubat. Perut Emak sakit mcm mencucuk2 tp takde apa2 ubat yg blh mengurangkan rasa sakitnya.


Krn itu kakak selalu mengingatkan aku, ubat yg paling baik ~ kami tidak blh menunjukkan kesedihan di dpn Emak. Kami mesti menggembirakan hati Emak supaya Emak tidak berasa susah hati dan sedih…


7 Nov ’08 (hari ke-7)
Ptg itu, sebaik sahaja pulang kerja, aku terus memandu ke kg. Aku nk tahu keadaan Emak yg sebenarnya. Emak menyambutku dgn sangkaan aku pulang utk menjenguk Izzat Daniel.


Sudah menjadi tabiatku, sebaik sahaja tiba di rumah kg, aku akan luangkan masa berbual2 dgn Emak sambil memerhatikan Emak membuat kerja2 dapur.


“Hari tuu mak dah pergi Hospital Putra sbb AbgYin ajak. Sajer nk tau mak sakit apa sementara check kat hospital kerajaan nanti,” Emak mula bercerita.


“Abis tuu apa kata doktor?” Aku pura2 bertanya.


“Doktor kata mak mcm nak kena kanser hati. Tp sikit jer. Tak esok, mgkin lusa nanti report keluar laa…” Emak terus bercerita perkara yg aku dah tahu.


Kasihan Emak. Emak masih tak tahu tahap penyakitnya tlh smpi ke peringkat yg bahaya.


9 Nov ’08 (hari ke-9)
Pg itu aku menemani Abah, Emak dan abg Yin ke Hospital Putra utk mengambil laporan lengkap.


Dr. Chan menerangkan satu persatu ttg penyakit Emak dan menyarankan Abah merujuk ke Hospital Selayang utk rawatan lanjut.


10 - 14 Nov '08 (hari ke 10 - 14)
Kakak menghantar sms menceritakan Abah kerap mengurut Emak bila sesekali Emak mengadu sakit. Kdg2 kakak menyapukan param (yg digunakan utk perempuan lps bersalin) di perut Emak.


Satu pagi, ketika mencuci pinggan di dapur, kakak terdengar Emak berckp sambil memberi makanan kpd kucing kesayangannya...


"Kucing... kau doakan aku sihat yer? Kalau aku sakit, nanti takde sapa nk beri kau makan..."


Kasihan emak...


Sabtu - 15 Nov ’08 (hari ke-15)
Aku bertolak ke KL menaiki Transnasional pd jam 10.30 pagi. Sementara kakak pula akan memulakan tugas lg seminggu stlh lama cuti bersalin di kg. Pd awalnya aku bercadang utk sama2 bergerak dgn keluarga menaiki kereta, tp memandangkan isi muatan yg ramai dan bimbang Izzat Daniel tidak selesa, maka aku mengambil keputusan menaiki bas sahaja.


Setibanya di KL, aku terus menuju ke Rawang, memenuhi jemputan Sham yg ingin aku sama2 raikan sambutan hari jadi pertama anaknya, Haziq


Ahad - 16 Nov ’08 (hari ke-16)
Aku tiba di Kajang kira2 pukul 5.30 ptg. Adik dan Ian tlhpun smpi. Rupanya Emak sdg dlm kesakitan hinggakan Emak menangis krn tak tertahan. Ian ke farmasi utk mendapatkan pil penahan sakit bg mengurangkan kesakitan Emak.


Abah memujuk Emak utk ke klinik, tp Emak enggan. Lgpun keesokannya kami akan ke Hospital Selayang.


Isnin – 17 Nov ’08 (hari ke-17)
Jarak dr Kajang ke Selayang yg agak jauh menyebabkan kami bertolak seawal 6.30 pagi. Setibanya di Selayang, kaunter pendaftaran di Jabatan Hepatologi blm dibuka lg.


Sehari di Selayang agak meletihkan. Kami diminta ke Hospital Sentosa (berdekatan Hotel Vistana) utk membuat ct scan sekali lg krn laporan yg dibawa dr Hospital Putra Bt Pahat kurang lengkap. Namun, khidmat ct scan di Hospital Selayang hanya ada kekosongan pd 31 Disember nanti. Sepatah kata Emak,


”Nak tunggu tarikh tuu agaknya emak pun dah sihat…”



Mmg agenda hari itu byk dihabiskan di atas jln raya dan menunggu utk pemeriksaan. Mujur Emak tidak kesakitan spt hari sblmnya.


Sejak hari ini juga, baru aku perasan, Emak byk menghabiskan masa di atas katil. Emak kerap tidur. Mgkin krn keletihan dlm menahan kesakitan.


Selasa – 18 Nov ’08 (hari ke-18)
Kami ke Selayang sekali lagi. Perjalanan kali ini menyaksikan Abah kerap tersilap masuk simpang jln. Dari Kajang, Abah terlajak masuk ke Terowong Smart. Hendak membelok ke Jln Kuching terlajak masuk ke Jln Sultan Ismail. Kasihan Abah, fikirannya berkecamuk…


Kami menemui doktor dgn membawa laporan ct scan yg lebih lengkap. Aku menemani Abah dan Emak, mendengar setiap butir penjelasan doktor. Tahap penyakit Emak yg agak serius menyebabkan tiada rawatan yg sesuai. Tidak kira sama ada operation, chemotherapy ataupun ablation, semuanya mempunyai risiko yg tinggi.


Kata doktor, apa yg Emak perlu lakukan sekarang adalah menjaga sisa bahagian hati di sblh kiri yg masih blm rosak. Dan yg paling penting, Emak sendiri perlu mempunyai semangat yg tinggi utk melawan penyakitnya.


“InsyaAllah doktor, moga2 nanti sembuh laa sakit ni,” jwb Emak lembut kpd doktor sblm keluar dr bilik pemeriksaan.


Cuma, tatkala Emak tlh berada di luar, ketika hanya aku dan Abah sahaja bersama2 doktor, doktor berulang kali berpesan kpd aku dan Abah.


“PAKCIK, APA JUA PERMINTAAN MAKCIK LPS NI, APA SAJER HAJAT MAKCIK, KEINGINAN DIA, SEBLH2NYA CUBALAH TUNAIKAN…”


Kami fhm maksud kata2 Dr. Suriyati. Aku cuba menahan kesedihan, Abah apatah lagi.


Ya… inilah satu2nya perkara yg Emak tidak pernah tahu hingga ke hari ini…


Mlmnya, abg Yin menasihati abah agar menjaga kesihatan. Kami semua tahu, fikiran abah bercelaru sama spt anak2nya.


“Kalau abah tak cukup tido, kalau abah jatuh sakit, nanti mcm mana nk jaga mak? Emak sakit, abah pun sakit. Abah kena kuat semangat…” begitulah kata2 abg Yin pd Abah.


Rabu – 19 Nov ’08 (hari ke-19)
Aku, Abah dan kakak ke Putrajaya. Kali ini utk membuat rayuan pertukaran tmpt kerja kakak ke Batu Pahat. Sblm ini, permohonannya ditolak.


Apapun, kami tetap berhrp pertukaran kakak diluluskan. Sekurang2nya kakak dpt menemani Abah utk menjaga Emak yg sdg uzur sementara menunggu aku yg juga akan mengisi borang perpindahan menjelang thn dpn.


BERSAMBUNG...

5 org yg suka mengomen:

kak ja said...

Kja tunggu kisah selanjutnya..

Sekali lagi, la tahzan, AJ, la tahzan..

yazrie said...

terkedu membacanya...aku ada perasan masa ko dtg ke opis aku ari tu, mmg muka ko berserabut. tapi ko tetap maintain cool. insya Allah kita doakan sahaja beliau berada di kalangan orang yang beriman dan soleh..Insya Allah...

Meen Zuleyka said...

salam tumpang lalu...saja nk berkongsi perasaan yg sama...emak saya pun tidak sesihat mana...dan tiap kali dia mengadu sakit, tiap kali itulah, saya menangis tiap kali sebelum tidur...

Anak Jawa said...

kak Ja ~ terasa lain benar bila mak takde... terutama bila kaki nk melangkah kuar dr umah...




yazz ~ kdg2 terpaksa simpan kesedihan utk diri sendiri. ntah laa...




meen ~ slm. terima kasih sudi singgah ke sini. tujuan sy buat catatan ni sekadar nk simpan kenangan sepanjang emak sakit...

mana yg baik jdkan panduan...

Leia Azmi said...

Aj
Sebagaimana yang anda lalui itu sama seperti yang saya lalui semasa arwah emak ketika disahkan menghidap kanser hati di tahap serius dimana doc cuma beri masa 3 1/2 bulan sahaja untuk hidup. Namun Allah lebih sayangkan emak. 2 minggu lepas kembali dari Hosp Selayang emak telah kembali kepada Maha Pencipta Allah swt. Al fatihah untuk Arwah emak AJ n arwah Emak saya