Thursday, September 9, 2010

dr jauh kupohonkan ampun maaf

tiada kata yg lebih bermakna tatkala Syawal menjelma
sebaris kata tanda maaf dipinta
tersusun ayat segala khilaf minta dilupa
dgn kerendahan hati
aku di sini memohon ampun dan maaf
serta minta dihalalkan segala mkn minum
kpd abah
kpd kakak
kpd adik2
kpd saudara mara
kpd semua kenalan yg mengenaliku
atas segala keterlanjuran kata
atas segala tutur bicara
atas segala gurau senda
atas segala rezeki yg pernah dikongsi bersama

terima kasih Allah atas segala nikmatMu
moga aku berkesempatan lg tatkala Ramadan bertamu
di lain waktu....

slm syg
~ AJ, jb ~


Sunday, August 29, 2010

slm ramadan

a'kum...
apa kbr semua? sy mendoakan semua dlm keadaan sihat hendaknya dlm menjalani ibadah puasa

rindu rasanya dgn dunia blog. kalau dulu, kerap berkejaran memikirkan kisah2 yg ingin dicatatkan, tetapi skrg keadaan semakin sepi. sy sendiri tidak pasti sama ada dilanda kemalasan atau cerita2 yg yg ingin dipaparkan kerap menggamit kesayuan

beberapa minggu sblm ramadan menjelma, sy dikejutkan dgn pemergian 2 org guru yg sentiasa dlm ingatan. Allahyarhamah Cik Faridah Salim dan Allahyarhamah Pn Roslilawati Samsuddin. sedihnya Tuhan saje yg tahu apatah lg Pn Roslilawati yg kami panggil Cikgu Ros itu baru saja sempat kami ziarahi kira2 syawal sethn yg lalu

beberapa hari sblm ramadan pula, Pakcik Hussin yg kami panggil Babah pergi menemui Ilahi. sekali lg sy tidak mampu membendung kesedihan apatah lg pemergian Babah berpunca drpd penyakit yg sama spt emak hidapi ~ kanser hati. terbyg2 bln disember lalu tatkala Babah menyambut kad undangan ketika sy menjemputnya sekeluarga ke majlis perkahwinan adik

dlm pd dihambat kesibukan tugas seharian, sy tetap bersyukur krn Allah memakbulkan hajat sy yg ingin menziarahi pusara emak sempena bln yg mulia ini. rindu pd emak sukar utk diluahkn dgn kata2. yer... mmg tidak dinafikan, sy terlalu rindu dgn masakan emak. teringt setahun lalu... sy sering risaukan makan minum abah, bagaimana keadaan dia yg hendak berbuka dan bersahur. tp sy pasti, kehidupan abah kini lebih terurus. sbg anak, sy tetap mendoakan kebahagian abah...

kedatangan ramadan thn ini juga agak menguji kesihatan. hampir 2 minggu berpuasa, sy diserang gatrik, cirit-birit dan demam. rasanya kali terakhir sy mendpt gastrik kira2 7-8 thn yg lalu.... sy sendiri tidak ingt. jarang2 ditimpa penyakit, tp kali ini benar2 membuatkan tubuh badan sy hampir lembik dek kehilangan air yg byk...

kpd semua handai taulan yg sy kenali secara langsung atau tidak langsung... slmt menjalani ibadah puasa. semoga amalan kita pd thn ini diberkati dan moga kita diberi kesempatan utk melaluinya sekali lg pd thn akan dtg. insyaAllah... amin

Sunday, July 4, 2010

seluar kocek

lokasi ~ butik levis, pertama kompleks kl
masa ~ tidak dpt dipastikan


jurujual : yer kak, cari seluar jeans yg mcmana?

kakak : ermm ada jual tak SELUAR KOCEK?

jurujual : (kompius 5 saat) seluar kocek mcm ni ker, kak? (lalu menunjukkan beberapa helai seluar jeans)

kakak : bukan... (smbil menggeleng2kan kepala). alaaa... seluar yg byk2 kocek tuuuu...

jurujual : (perempuan ni nak seluar apa pulak laa....) haaa, seluar ni pun cantik, kak. ada kocek kat depan. kat belakang pun ada....

kakak : (ngomel2 dlm hati.... butik mahal2 pun takde jual seluar kocek ker????) bukan.... bukan seluar mcm tu.... seluar ni ada byk kocek....

jurujual : (pening!!!!!)


[esok lusanya...]

kakak : tuu laa, bang. Ya pelik laa kedai levis tuuu takde jual seluar kocek

abg ipar : seluar kocek mcmana?

kakak : tuuuuuuuu.... (smbil tunjuk ke arah sorang pompuan yg pakai seluar kocek). mcm pompuan tuu pakai tuuu...

aku : tuuu namanya CARGO PANTS laaaa, bkn SELUAR KOCEK!!!!!!!

kakak : laaa yer ker? nasib baik ler salesgirl smlm tuu tak ckp "kakak, semua seluar ada kocek kecuali seluar dlm jer!!!!!"

Sunday, May 16, 2010

10 thn berlalu

[entry khas sempena 16 mei & ulang thn ke-10]


16 mei dtg lg
bersama ucap slm tanda dihargai
bersama tulus doa minta diberkati

2 januari 2001
pertama kali menjejakkan kaki
ke sebuah bangunan yg bernama sekolah
bkn atas tiket pelajar
tetapi atas gelaran yg lebih besar
terasa berat beban digalas
bisakah tanggungjawab terlunas?

stlh 9 thn 5 bln masa bertukar ganti
kini aku sedari
pabila mendidik tak perlu mengherdik
tatkala mengajar tak perlu kata2 kasar
cukup dgn sekeping hati yg ikhlas
tanpa mengharap balas
pengakhirannya sekelumit rasa puas
melihat satu demi satu kejayaan yg digenggam
sebagai doktor
sebagai jurutera
sebagai polis
sebagai tentera
sebagai guru
sebagai mekanik
hatta peniaga goreng pisang di kaki lima
asal saja bisa menjadi insan berguna
kpd agama dan negara

ya Allah ya Tuhanku
Kau kurniakan kpdku
kesihatan & kesejahteraan
kekuatan & ketabahan
moga aku terus dpt menabur bakti
yg tidak seberapa ini
mendidik anak bangsa
agar menjadi insan yg bernama MANUSIA...

hari guru kebangsaan 2007


penutup karnival kesenian pencegahan dadah,
plaza angsana 2008


penutup karnival pendidikan khas 2008


pesta teater 2009


raptai RIMUP kebangsaan 2009


malam bersama pemimpin,
RIMUP kebangsaan 2009


mesyuarat agung PIBG, mac 2010


penutup bulan kebudayaan melayu, april 2010



me & my kompang boyz, april 2010


latihan pusat pembukaan MSSM,
stadium larkin 12/5/10


full dressed rehearsal, pembukaan mssm
stadium larkin 14/5/10


15/5/10


(sila abaikan kain merah dgn kain penutup kat depan peha tuu. pakcik baru lps menghiburkan para peminat. hehehe)

Sunday, March 21, 2010

TAK'KANKU BIARKAN ENGKAU MENANGIS

(istimewa buat seorang insan yg sgt tabah...)

[call]
damansara
8.50pm

~ a'kum. abg buat apa tuu?

~ abg tgh drive ni. otw balik rumah dari care4. kat mana nii?

~ baru jer tiba rumah. takpe ker call abg ni?

~ takper. abg dah nak smpi pun

~ sy call ni pun ada sbb

~ knp?

~ abg... kalau berlaku apa2 pd sy nanti, blh tak abg.....



aku amati tiap butir bicaranya dgn penuh tanda tanya. aku sgt pasti ada sesuatu yg tak kena. akhirnya terungkai apabila dia menjelaskan segala2nya


dia mgkin baru sahaja aku kenali. bg aku, DIA ANTARA INSAN YG PALING TABAH pernah aku temui. dlm senyum tawanya menyimpan berjuta cerita. dlm gelak riangnya menyimpan bermcm derita. segalanya dia lalui dgn penuh ketabahan. bgku... dia seorang pencinta yg setia, suami yg amat penyayang, ayah yg begitu pengasih dan seorang sahabat yg penuh keikhlasan


lantas, coretan kali ini aku titipkan khas utknya. dgn rasa sebak yg teramat, aku benar2 memohon kpd Tuhan agar dia tidak putus semangat. ajal maut, jodoh pertemuan di tgn Tuhan. percayalah... selagi nyawa dan jasad blm terpisah, selagi itulah kita perlu terus berdoa


juga atas nama sebuah persahabatan, akan aku pikul amanah yg diberi. aku buang jauh2 segala kegusaran yg bersarang di hati... gusar tidak mampu melunaskan amanah itu dgn sebaiknya. gusar tidak mampu menjadi yg terbaik spt diharapkan. namun, aku percaya Tuhan bersama2 aku. semoga Tuhan memudahkan perjalanan ini. semoga dia juga tidak menangis lg....

Friday, March 19, 2010

sudahnya aku jugak yg accident

tuuu laaaa... smlm sibuk bercerita pasal izzat yg hampir2 nak kena langgar, sudahnya kereta aku jugak yg kena hentam lps balik sembahyang jumaat td


sblm tuu mcm biasa laa yer, kalau dah namanya berita kemalangan kat blog aku ni... haruslah disertakan dgn rajah sekali. hehehe. bkn apa... tak nak laa nanti ada yg kompius baca 10 kali pun masih tak phm2. letih pakcik nak ulang2 citer!!!


otw balik sembahyang tuu, niatnya nak singgah 7e sbb nak beli air batu. panas2 ni sedap togok air sejuk... ehhh, salah tuuu!!! aku nk buat air sejuk sbb ada org dtg nak pasang kabinet dapur kat umah


dr jln utama aku membelok ke arah kedai (jlnnya mcm kena naik bukit kecik sikit)... so aku terus jer laaaa takde nak berenti2. dlm pd dok menoleh kiri kanan masa membelok tuuu (sbb jln tuu kdg2 ada gak kenderaan lalu lalang dpn kedai), tiba2... dr arah sblh kiri aku nmpk ada motor sdg menuju ke arah aku. tak laju sgt tp tak jugak pelan. dannn... bummmmmmmm!!! tgk2 je muka budak tuu dah kat dpn cermin tingkap pintu dpn sblh kiri


tergamam 10 saat!!! nasib baik ler budak tuu tak melambung ker atau terbang ala2 otomen. kalau tak lg nayer


wpun aku tau aku tak bersalah, turun2 keta aku terus tgk budak tuu. nasib baik tak apa2. tak cedera tak luka. motor dia punya laa cantik, cuma calar sikit jer kat cover tayar moto. keta aku??? huaaaa!!!! kemek laa jugak kat pintu kiri tuuu


sila abaikan habuk2 yg kelabu asap tuuu


zoom sikit. kemek tak kemek... tp kemek laa jugak. abis tuu kalau hantar pi ketuk, ingt byr dgn air liur??? huhuhuhu


"abis tuu keta ni mcm mana, bang?" budak tuu tanya

"knp? nak byr ganti rugi ker?? dah... lengkali bwk motor tuu baik2..." blh aku jwb mcm tuu jer??? ishhh aku pun musykil mcm mana laa blh punya baik masa tuu. agaknya baru kuar masjid kot, tuu yg hati sejuk jer lg. tiba2 terkasima dgn budi pekerti diri sendiri. wakakakaka


sedihnya... dah ler sebulan lps masa gi KL sempena CNY, org baling sampah dr atas. tak kisah ler aku parking kat area flat ker apa. tp jgn ler ingt keta aku tuu besi buruk segala sampah dihumbannya kat atas keta. siap ada kaca bersepai lg. tuu blm kira dgn lebihan kuah apa ntah smpi buat keta aku berminyak semua. naik geli gelaman nk bukak pintu masa tuuu






maap ler... aku tak selera nak posing2 sebelah pintu keta kemek mcm dulu2. ooo lupa lak, kalau ada sesapa nk beli no. esok.... blh ler ambik no. ni ~ 2396 ~ byk ong maaaaa. kah kah kah

Thursday, March 18, 2010

Tuhan Maha Kuasa lindungi Izzat

8.40pm
[call dr kajang
]

kak Aya : tau tak ari tuu Izzat hampir2 accident?

aku : haaaaaaaaa!!!! betul ker????

kak Aya : a'ahhh... ari tuu kitorang sajer laa kuar mlm. pusing2 kat metro point. beli barang sikit. tgn kak Ya kiri kanan penuh bimbit plastik. abg Yin lak dukung Aisya

aku : Izzat jln dulu ker??

kak Aya : tak... kuar dr metro point tuu kan lalu celah2 parking kereta. kitorang parking kat seberang jln. masa tuu izzat jln kat blkg kak Ya. abg Yin dah ckp kat dia suruh tunggu, jgn lintas dulu. kak Ya baru tgk kiri kanan nak melintas... tgk2 dia dah lari dulu

bygkan... tiba2 jer keta dah ada dpn mata. masa kereta tuu berenti... dia betul2 diri sblh pintu driver tak smpi sejengkal pun... kak Ya dgn bpk dia punya menjerit...

aku : haahhhhhhhhhhh??? (ya Allah, kalau laaa dia lari lg laju.... atau kereta tuu yg laju!!!!)

kak Aya : kalau tak, tak tau laa apa jd kat dia. ntah melambung ker tercampak mcm mana. mmg Tuhan betul2 lindungkan dia...


*** smpi esoknya papa izzat masih trauma. aku sendiri tak terbyg klau apa2 berlaku pd izzat. klau mak masih ada, tentu semalaman mak tak lena terkenangkan cucunya itu....